suria

Calon PAS Wajib Bai'ah - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat".

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain