suria

Polis Pantau Rapi Setiap Ceramah Politik Di Kelantan

KOTA BAHARU: Polis Kelantan akan memantau rapi setiap majlis ceramah atau program parti-parti politik, sama ada yang mempunyai permit ataupun tidak.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya sentiasa membuat penyiasatan setiap program yang melibatkan perhimpunan ramai, yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik tanpa menunggu aduan daripada orang awam.

"Ini untuk mengelakkan perhimpunan yang dianjurkan itu boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam," katanya ketika menjawab soalan peserta Program "Community Policing" Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan bersama Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) di sini, Isnin.

Beliau berkata mengikut Akta Polis 1967, setiap parti politik mesti meminta kebenaran atau permit daripada polis untuk mengadakan sesuatu perhimpunan melebihi lima orang.

Beliau berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti politik yang mengadakan kegiatan ceramah tanpa kebenaran, terutama menjelang pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain