suria

Lebih 20 Rumah Rosak Dilanda Ribut

KANGAR: Lebih 20 buah rumah dan gerai makanan di kawasan Sena, Bintong dan Tambuan Tulang di Perlis mengalami kerosakan dalam kejadian ribut petang Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika hujan lebat namun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)masih menjalankan bancian kerosakan.

Seorang jurucakap JKM Perlis berkata, sehingga kini jabatan itu merekodkan lebih 20 buah rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung dan nilai kerugian belum diketahui.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sena, Abdul Jamil Saad berkata lebih lapan buah rumah dan gerai rosak dalam kawasan Sena.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perlis berkata kejadian berlaku begitu pantas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain