KWSP Umum Dividen 6 Peratus - Semasa | mStar

KWSP Umum Dividen 6 Peratus

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

"Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif," katanya.

Setakat 31 Disember 2011, Samsudin berkata jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun 2010.

"Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan," kata Samsudin.

Beliau juga berkata ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan.

"Ini diikuti oleh pinjaman dan bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan instrumen pasaran wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh hartanah dan pendapatan pelaburan lain," katanya.

Samsudin berkata KWSP juga telah secara beransur-ansur beralih kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh diterima di mana ia memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap dan faedah semasa.

"Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada tahun 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan kumpulan UEM) Plus Expressway Berhad melalui syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn Bhd, selain meluaskan pelaburan global dalam hartanah, ekuiti dan sukuk," katanya.

Perluasan ini adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan yang berpandukan Alokasi Aset Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko KWSP, katanya.

Katanya pencarum KWSP boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Ku Nan Boleh Aturkan Debat Terbuka PM-Anwar

Artikel Berikut

Lebih 20 Rumah Rosak Dilanda Ribut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain