Ku Nan Boleh Aturkan Debat Terbuka PM-Anwar - Semasa | mStar

Ku Nan Boleh Aturkan Debat Terbuka PM-Anwar

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin menyambut baik cadangan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN)Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang menyatakan sokongan kepada mana-mana pemimpin parti itu mengambil bahagian dalam debat terbuka.

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai satu perkembangan yang positif, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Tengku Adnan yang Setiausaha Agung Umno seharusnya merintis jalan untuk mengadakan perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya percaya ini bukan komen secara sambil lewa dan saya sangat mengalu-alukan keterbukaan dan kesediaan pemimpin BN untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang.

"Di pihak Anwar, kami mengulangi jemputan untuk perbahasan. Kami berharap Tengku Adnan boleh bertindak bagi pihak Najib supaya menganjurkan debat di antara kedua-dua pemimpin besar itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, pada, Isnin.

The Star pada Isnin melaporkan bahawa Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, dipetik sebagai berkata Umno sebagai parti pemerintah itu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbahasan itu seperti mana yang dilakukan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pada Sabtu lalu.

Tengku Adnan dilaporkan sebagai berkata debat terbuka adalah satu perkara yang 'menyihatkan' terutamanya dalam arena politik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KWSP Umum Dividen 6 Peratus

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain