Rumah Saudara Baru Terbakar Di Besut - Semasa | mStar

Rumah Saudara Baru Terbakar Di Besut

BESUT: Rumah yang didiami satu keluarga saudara baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Belaoh, Keruak, Hulu Besut musnah dalam kebakaran malam Jumaat.

Ketika kejadian kira-kira 8.30 malam itu, keluarga berkenaan tiada di rumah kerana sedang belajar mengaji Al-Quran tidak jauh dari situ.

"Seorang jiran yang tinggal berdekatan rumah kami beritahu berita buruk itu ketika kami sekeluarga sedang asyik mempelajari Al-Quran di rumah mentua saya. Kami lalu bergegas pulang," kata ketua keluarga berkenaan, Mohd Redzuan Yee Abdullah, 27.

Beliau berkata setibanya di rumah yang mereka duduki sejak 17 tahun lalu, mereka hanya mampu melihat rumah mareka sedang dijilat api tanpa dapat menyelamatkannya.

Mohd Redzuan berkata sebelum kejadian, beliau terdengar bunyi letupan yang kuat dari arah rumahnya namun menyangka ia adalah bunyi mercun.

"Kami tinggal sehelai sepinggang. Segala dokumen penting seperti surat beranak dan kad pengenalan di samping dua motosikal serta duit turut musnah," katanya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jertih dihantar untuk memadam kebakaran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain