suria

Pekerja Kedai Aksesori Kereta Ditemui mati Dalam Bilik Air

SUNGAI PETANI: Mayat seorang pekerja kedai aksesori kereta, dipercayai dibunuh, ditemui dalam bilik air tempat kerjanya di Taman Cindai, Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata Raja Dzulhairi Raja Ali, 19, ditemui dalam keadaan terbaring oleh majikannya pada kira-kira 10 pagi tadi.

"Pemilik kedai yang juga saudara mangsa, tiba kira-kira pukul 10 pagi mendapati kedai yang sepatutnya dibuka pukul 8 pagi tidak dibuka, lalu memanggil Raja Dzulhairi tetapi tidak dijawab.

"Setelah memeriksa, beliau mendapati pintu tidak berkunci lalu masuk dan menemui mayat mangsa dalam bilik air," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata polis tidak menemui tanda pergelutan pada mayat dan yakin Raja Dzulhairi mengenali pembunuhnya, yang melemaskan mangsa serta mengambil barangan berharga.

"Motosikal dan komputer riba mangsa juga hilang manakala beberapa aksesori kereta dalam kedai turut dilarikan pembunuh," katanya.

Polis menyiasat kes itu mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Ditemui Lemas Di Lombong

Artikel Lain