suria

MIC Tidak Bercadang Debat Dengan Pembangkang

JOHOR BAHARU: MIC tidak bercadang mengadakan sebarang debat dengan pembangkang seperti yang dilakukan di antara MCA dan DAP, kata timbalan presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Bagaimanapun, beliau berkata debat seperti itu adalah pentas untuk rakyat mengetahui dasar dan pendirian kedua-dua parti terhadap beberapa isu utama yang dibangkitkan.

"Saya rasa ia adalah satu peluang di mana pandangan yang berbeza, keadaan berbeza dan pendirian berbeza dikemukakan kepada rakyat supaya rakyat boleh buat penilaian sewajarnya.

"Saya ingat ini bukan satu keperluan untuk kita tetapi jika ada orang yang nak buat mereka boleh buat lah...kita tidak akan buat," katanya selepas merasmikan karnival kerjaya 'My Career 2012' di Dewan Serbaguna Skudai di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai debat di antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP semalam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Ditemui Lemas Di Lombong

Artikel Lain