Beberapa Pemimpin BN Sokong Lebih Banyak Debat Diadakan - Semasa | mStar

Beberapa Pemimpin BN Sokong Lebih Banyak Debat Diadakan

KUALA LUMPUR: Para pemimpin Barisan Nasional (BN) berkata mereka bersikap terbuka terhadap cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat berhubung isu kepentingan bersama.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata para pemimpin BN pernah bersemuka dalam debat dengan tokoh pembangkang sebelum ini dan mereka bersedia berdepan lagi dengan pembangkang asalkan ada forum serta isu yang bersesuaian untuk didebatkan.

"Pada Ogos 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga berdepan dengan Lim Guan Eng dalam debat di auditorium DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), beberapa bulan selepas beliau kalah dalam pilihan raya umum.

"Banyak lagi pemimpin lain dalam BN seperti Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berdebat dengan pemimpin pembangkang sebelum ini," katanya.

Beliau diminta mengulas debat antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng,pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan debat itu bukanlah platform tunggal bagi pemimpin BN melibatkan orang ramai dan menyuarakan pendapat mereka memandangkan Gerakan sendiri telah menghantar pemimpin parti itu untuk mengambil bahagian dalam forum anjuran pihak yang diketahui pro pembangkang.

"Ini juga di sebalik hakikat bahawa kami tahu penonton dalam forum seperti ini akan menunjukkan sikap bermusuhan terhadap BN. Kami pernah melakukannya sebelum ini dan kami akan melakukannya lagi," katanya.

Presiden LDP Datuk V.K Liew berkata beliau menyambut baik cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat antara ahli politik dan berharap debat seperti itu akan diperluaskan supaya merangkumi pelapis kedua dalam kepimpinan parti.

"Dalam sebuah demokrasi yang matang, anda tidak boleh menghalang pemimpin parti daripada mengambil bahagian. Ini perkembangan yang sihat terhadap demokrasi. Ia satu peluang untuk memperjelaskan tentang perbezaan kita," katanya.

Beliau berkata ahli politik tidak boleh mengelak sentimen penyokong mereka dan memang sifat semula jadi untuk mereka menaruh harapan agar pemimpin masing-masing mengeluarkan hujah bernas, lebih-lebih lagi membabitkan isu kepentingan bersama.

Bendahari Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak Datuk David Teng berkata beliau mengalu-alukan sebarang usaha untuk mengadakan perdebatan yang sihat antara pemimpin politik untuk menyuarakan pandangan atau dasar yang mereka galakkan.

"Bagaimanapun, perdebatan seperti itu tidak boleh digunakan sebagai platform untuk memarahi orang lain atas apa jua sebab. Jika tidak, ia tidak akan membawa apa-apa makna. Setiap orang yang mengambil bahagian dalam debat ini mesti memahami tujuan perdebatan," katanya.

Beliau berkata bahasa bukanlah satu masalah memandangkan pendebat boleh menyuarakan hujah dalam bahasa ibunda mereka dan terjemahannya boleh dilakukan oleh penterjemah.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Astro Rancang Strategi Hadapi Persaingan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain