Ibrahim Ali Akan Bertanding Pada PRU-13 - Semasa | mStar

Ibrahim Ali Akan Bertanding Pada PRU-13

PASIR MAS: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini namun belum menetapkan kawasan yang akan ditandinginya.

Beliau berkata, sama ada dirinya akan mewakili mana-mana parti, atau terus kekal sebagai calon bebas juga akan ditentukan kemudian.

"Mungkin juga akan bertanding di Pasir Mas (untuk mempertahankan kerusi) dan itu nanti akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di sini, malam Jumaat.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas menggunakan tiket PAS setelah menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

Ibrahim yakin sokongan masyarakat terhadapnya tidak susut, terutama bukan Melayu, walaupun beliau kini menerajui Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dilihat sesetengah pihak sebagai mewakili satu bangsa sahaja.

"Anda boleh lihat sokongan masyarakat Cina di sini dan saya rasa faktor sokongan ini juga antara faktor untuk saya bertanding," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain