Dua Maut Selepas Rumah Ditimbus Tanah Runtuh - Semasa | mStar

Dua Maut Selepas Rumah Ditimbus Tanah Runtuh

LAHAD DATU: Dua orang maut, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, apabila rumah di lereng bukit di Kampung Terusan yang mereka diami, tertimbus dan ranap dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod berkata, mangsa pertama, seorang kanak-kanak perempuan dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada jam 10.55 pagi manakala mangsa kedua, seorang wanita dewasa, dijumpai kira-kira jam 11.10 pagi.

Katanya, kedua-dua mangsa yang mempunyai kaitan kekeluargaan yang namanya belum dikenal pasti itu, ditemui di dalam sebuah bilik di dalam rumah yang ranap sama sekali akibat runtuhan tanah dan pokok kelapa sawit dan pokok-pokok kayu.

Menurut Mohd Apandi semasa kejadian, seramai tujuh orang berada di dalam rumah berkenaan namun empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi, seorang lelaki dewasa, walaupun terselamat namun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Katanya, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 2.53 pagi tadi sebelum mengejarkan anggotanya ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat yang disertai anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam dihentikan kira-kira jam 12 tengah hari tadi. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain