suria

Kedutaan AS Ditutup Isnin

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini akan ditutup Isnin, sempena cuti 'Hari Presiden' yang disambut di negara itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, kedutaan itu menjelaskan, semua perkhidmatan kedutaan, termasuk urusan visa dan pasport Amerika serta perkhidmatan notori akan beroperasi semula pada hari berikutnya.

Cuti 'Hari Presiden' disambut pada Isnin minggu ketiga Februari bagi meraikan hari lahir dua pemimpin paling terkemuka Amerika iaitu bapa kemerdekaan, George Washington yang lahir pada 22 Februari dan Abraham Lincoln yang memperjuangkan hak hamba abdi, lahir pada 12 Februari.

Artikel Sebelum

Wanita Terbunuh Dirempuh Kereta

Artikel Berikut

Artikel Lain