suria

Bekas Nelayan Minta Polis Segerakan Siasatan Kematian Isteri

KUALA LUMPUR: Seorang bekas nelayan pada Jumaat meminta polis menyegerakan siasatan berhubung kematian isterinya yang dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Lima, Pulau Ketam, Klang, dua tahun lepas.

Soon Kum Pee, 60, yang ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, mendakwa sehingga kini kes itu tidak menampakkan sebarang perkembangan.

Memorandum itu diterima Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman ASP Lee Swee Sake. Turut hadir, empat anak Soon dan Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam.

"Sebelum ini, ada seorang lelaki yang juga penduduk pulau itu ditahan untuk membantu siasatan namun telah dibebaskan selepas keterangan diambil, dan dia terus menghilangkan diri," kata Soon.

Soon berkata dia hanya mahu membawa pesalah ke muka pengadilan bagi memastikan kematian isterinya terbela di samping tidak mahu kejadian seperti itu menimpa keluarga lain.

Lim Luu Bi, 49, ditemui mati dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidur di rumahnya dan bedah siasat mengesahkan punca kematian ialah akibat kecederaan pada leher dan serta kerana dipukul objek tumpul. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Terbunuh Dirempuh Kereta

Artikel Berikut

Artikel Lain