suria

Mustapha Lawat Taman Halal Untuk Pelan Tingkat Eksport

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed pada Khamis melawat dua syarikat multinasonal yang terletak di Hab Halal Pulau Indah Selangor dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bagi menilai prestasi eksport semasa kedua-duanya.

Syarikat-syarikat itu beroperasi di taman yang berstatus Halmas di mana pembangunannya di bawah bidang kuasa Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, Central Spectrum (M) Sdn Bhd merupakan pemaju Hab Hal Pulau Indah, Selangor melibatkan tanah berkeluasan 1,000 ekar yang kini sedang dalam pembangunan fasa ketiga.

Salah satu objektif HDC adalah mempromosi, memudah dan menyelaraskan pembangunan taman Halal di seluruh negara. Pada masa ini, terdapat 20 buah namun masing-masing berada dalam fasa pembangunan yang berbeza.

Syarikat-syarikat yang bermatkamat untuk mendapat manfaat daripada insentif yang ditawarkan dalam skim perlu mendapat diiktiraf sebagai taman Halal.

Sehingga kini, sebanyak sembilan Taman Halal telah mendapat status Halmas, sekali gus menjadi lampu hijau bagi syarikat-syarikat terbabit yang beroperasi di taman tersebut untuk memohon insentif Halal.

Ia menggambarkan bahawa keperluan itu memudahkan syarikat melakukan pelaburan dan aktiviti-aktiviti eksport mereka.

Sehingga kini, sebanyak 4,631 syarikat yang mendapat pensijilan halal dengan lebih 70 peratus daripadanya adalah sektor makanan dan minumanm bahan-bahan produk kimia, farmaseutikal, penjagaan kesihatan, kosmetik dan penjagaan diri.

"Ia merupakan pembangunan secara berperingkat untuk Taman-taman Halal apabila HDC mengutamakan syarikat yang mempunyai potensi dalam eksport dengan menggalakkan mereka mewujudkan kilang pengeluaran di Taman Halal dan ia memudahkan kesediaan dan kestabilan untuk eksport," jelas Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.

Nilai eksport produk Halal sebanyak RM22.6 bilion pada September 2011 berbanding RM15 bilion pada September tahun sebelumnya.

Negara-negara utama bagi eksport Halal adalah China, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Belanda, Pakistan, India, Singapura, Korea dan Thailand.

Mustapha melawat PML Dairies Sdn Bhd dan Cargill Palm Products Sdn Bhd.

Hab Halal Pulau Indah Selangor kini dalam fasa tiga pembangunannya yang setakat ini menarik pelaburan daripada 22 syarikat bernilai RM1.9 bilion. Ia merupakan Taman Halal pertama mendapat status Halmas.

"Kami sedang berusaha untuk mengembang atau menstruktur semula lebih banyak syarikat multinasional di taman Halal bagi menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri halal. Kini terdapat 20 Taman Halal di seluruh negara.

"Membina pertumbuhan dan infrastruktur mereka dalah kunci untuk menarik pelaburan asing, sebagai pemain besar dalam industri," kata Jamil yang mengiringi Mustapha dalam lawatan itu.

Artikel Lain