suria

Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Tandas Hospital

BUKIT MERTAJAM: Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam tandas wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini Khamis.

Mayat bayi perempuan itu ditemui di atas lantai oleh seorang tukang cuci yang hendak mencuci tandas berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

Pencuci tandas berkenaan memaklumkan penemuan mayat bayi itu kepada jururawat hospital sebelum memanggil doktor untuk memeriksa bayi berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Berdasarkan siasatan awal, ada saksi terlihat seorang wanita keluar dari tandas wad berkenaan dalam keadaan pucat dan letih pada pukul 7.30 pagi," katanya.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain