suria

Polis Saman 36 Pemandu Lori Atas Pelbagai Kesalahan Lalu Lintas

NIBONG TEBAL: Seramai 36 pemandu lori disaman dan permit mereka disita dalam operasi 'Ops Muatan Lebih' oleh Operasi Unit Khas Trafik Bukit Aman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya di Ladang Valdor dekat sini, awal pagi Rabu.

Pegawai operasinya, Asisten Superitendan Khuzir Abd Majit berkata, operasi pada pukul 5 pagi itu dijalankan berikutan aduan dan laporan orang ramai serta pengguna mengenai pemandu lori yang membawa lebihan muatan.

"Kami menjalankan risikan selama dua minggu selepas menerima aduan penduduk dan pengguna lain, dalam operasi ini JPJ turut menyita permit 36 pemandu terbabit," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, Pulau Pinang merupakan negeri ketiga yang menjalankan 'Ops Muatan Lebih' selepas Perak dan Negeri Sembilan.

Khuzir berkata, selain membawa muatan berlebihan, pemandu lori terbabit turut dikenakan saman atas kesalahan lalu lintas seperti tidak memiliki papan tanda segitiga kecemasan, tayar botak dan nombor pendaftaran kotor.

Polis juga meminta orang ramai agar melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya masalah terbabit berulang dengan menelefon talian 03-22663356. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain