suria

Peguam Saman Peguam RM10 Juta

KUALA LUMPUR: Seorang peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar telah memfailkan saman ke atas peguam syariah popular, Kamar Ainiah Kamaruzaman dan firma guamannya dengan tuntutan berjumlah sebanyak RM10 juta.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Zainul Rijal, Datuk Mohd Haaziq Pillay, saman itu difailkan ekoran satu dakwaan yang dibuat ke atas anak guamnya yang mewakili kerajaan dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dikatakan dibuat oleh Kamar Ainiah ketika sidang akhbar yang diadakan di hadapan bangunan Mahkamah Syariah di sini pada 18 Ogos tahun lalu.

Kes itu ditetapkan untuk didengar di peringkat pengurusan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam pada 14 Mac.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain