Ibu Bapa Anjurkan Perhimpunan Berhubung Isu PPSMI 10 Mac Depan - Semasa | mStar

Ibu Bapa Anjurkan Perhimpunan Berhubung Isu PPSMI 10 Mac Depan

PETALING JAYA: Keluarga yang menyokong Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan mengadakan satu perhimpunan di Dataran Petaling Jaya di sini bulan depan.

Perhimpunan itu dijadualkan pada 10 Mac dan dijangka menarik kehadiran lebih 5,000 keluarga dari seluruh negara.

"Kami berharap kerajaan akan terus berdialog dengan ibu-bapa kerana mereka adalah pemegang taruh (stakeholders) dalam perkara ini tetapi ibu-bapa telah diketepikan," ujar Shamsudin Hamid, pengerusi penganjuran perhimpunan itu untuk Negeri Selangor.

Ibu bapa dari Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Sabah dijangka turut hadir pada perhimpunan itu nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain