suria

Bapa Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia

ALOR SETAR: Veteran Umno Syed Zain Syed Ali, bapa kepada bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak meninggal pada Rabu.

Allahyarham yang merupakan veteran Umno Kedah meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat sakit tua di kediaman keluarganya di Taman Bunga Raya dekat Jitra kira-kira pukul 1.15 tengah hari Rabu.

Beliau meninggalkan empat orang anak manakala isterinya telah meninggal dunia kira-kira lima tahun lepas.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kubang Rotan di Kuala Kedah dekat sini selepas solat Isyak malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan pusat kepada keluarga Syed Razak melalui panggilan telefon. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain