suria

Suri Rumah Kurung Dua Kanak-Kanak Didenda RM1,000

GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret pada Isnin mengenakan denda RM1,000 terhadap seorang suri rumah yang mengaku bersalah mengurung dua kanak-kanak secara salah di rumahnya di sini Disember tahun lepas.

Majistret Noor Aini Yusof juga menetapkan hukuman penjara tiga bulan terhadap M. Komathi, 26, sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

Komathi dituduh melakukan kesalahan itu dengan mengurung dua R. Dass, 7, dan D. Santiran, 8, selama 10 hari dari 14 Disember di rumahnya di Air Itam di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain