suria

Penjual Makanan Binatang Ditemui Rentung Dalam Kereta

KUALA LUMPUR: Seorang penjual makanan binatang ditemui rentung dalam sebuah kereta yang dipercayai dibakar di Kampung Batu Muda Tambahan, Gombak, di sini, Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata P.Rodney, 30, ditemui di tempat duduk penumpang hadapan oleh orang awam kira-kira 4.30 pagi.

"Kita dapat mengenal pasti identiti mangsa melalui nombor pendaftaran keretanya jenis Proton Wira walaupun mangsa rentung 100 peratus.

"Kita juga dapat menghubungi ibunya yang menyatakan Rodney keluar rumah sejak tengah malam tadi," katanya ketika dihubungi.

Khairi berkata polis menemui kesan petrol di sekitar lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan ujian DNA," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain