suria

K'jaan Perkenal Mekanisma Baru Selesai Masalah Dalam Pelaksanaan Projek Pembangunan - PM

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menggunakan pendekatan baru dalam menangani cara menyelesaikan masalah yang timbul dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan khususnya isu-isu bertindih yang melibatkan beberapa kementerian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, pendekatan baru ini akan membolehkan isu-isu pertindihan berkenaan yang biasanya melibatkan bidang kuasa kementerian yang bersama-sama terlibat dalam sesuatu projek akan dapat diselesaikan dengan lebih pantas.

Bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini pagi ini, Najib menegaskan; "Kita memerlukan satu pendekatan baru dalam usaha kita untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

"Buat masa ini, jawatankuasa kabinet melibatkan begitu ramai menteri dan juga pegawai dan ini mungkin menjadi punca mengapakah sesetengah keputusan menunggu masa yang panjang untuk diselesaikan."

Najib menjelaskan, pendekatan baru dalam menyelesaikan masalah ini adalah merupakan satu mekanisma yang lebih baik dan mungkin dengan adanya mekanisma ini, kita tidak perlu lagi merujuk kepada jawatankuasa kabinet untuk menyelesaikan sesuatu isu dalam pelaksanaan projek pembangunan negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain