suria

Hasnudin Dilantik Wakil Tetap Malaysia Ke Asean Di Jakarta

KUALA LUMPUR: Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas Mengenai Asean, Datuk Hasnudin Hamzah dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Asean di Jakarta.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata kerajaan bersetuju melantik Hasnudin, 52, yang dijangka memulakan tugas barunya akhir bulan ini.

Menurut kenyataan itu, Hasnudin adalah pegawai kanan Kementerian Luar yang berkhidmat sejak 1984.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa serta pernah menyandang beberapa jawatan penting, termasuk sebagai Duta Besar Malaysia ke Jordan (2007-2009) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand (2009-2011). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain