suria

Enam GRO Warga China Ditahan

GEORGE TOWN: Enam pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah bilik hotel di Jalan Macalister, di sini, Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah George Town, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim berkata hasil maklumat orang awam, sebuah pasukan dari ibu pejabat polis daerah, menyerbu bilik tersebut pada pukul 3 petang di sebuah hotel tiga bintang di sini.

Katanya hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan berusia dalam lingkungan 20-an baru tiba di negara ini tiga hari lepas dan menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tujuan pelacuran.

Menurutnya lelaki tempatan itu yang berperanan sebagai bapa ayam mengenakan bayaran minimun RM500 untuk sekali perkhidmatan seks dengan wanita berkenaan.

Ahmad Bakhtiar berkata kesemua wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial dan jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-dua sekali.

Katanya lelaki tempatan itu akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain