suria

Seorang Maut, Tiga Parah Kemalangan Di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang maut manakala tiga yang lain cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas selepas bergesel dengan sebuah lori treler di Km 12, Jalan Lahad Datu-Sandakan tengah hari Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Bong Kuet Khiun berkata dalam kemalangan 12.50 tengah hari itu, Mail Taha, 45, yang memandu kereta berkenaan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu. Tiga penumpang yang cedera parah itu turut dirawat di hospital berkenaan.

Bong berkata siasatan awal mendapati treler tersebut yang datang dari arah Sandakan dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan namun bergesel dengan kereta Kancil mangsa yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereka mangsa gagal dikawal lalu terbabas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain