suria

Premium Outlets Akan Dibuka Di Melaka, Sepang

JOHOR BAHRU: Dua Premium Outlets baru akan dibuka di Melaka dan Sepang tidak lama lagi, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata, Johor Premium Outlet (JPO) telah jauh melebihi jangkaan ketibaan pelancong dan penubuhan cawangan yang serupa di Melaka dan Sepang pasti akan meningkatkan jumlah perbelanjaan pelancong di negara ini.

"JPO telah berjaya menarik lebih sejuta pengunjung sejak ia dibuka pada Disember dengan 80 peratus daripada mereka merupakan pelancong domestik,” katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan lawatan JPO di Kulaijaya di sini, Ahad.

Beliau berkata, cawangan di Johor sendiri akan membantu meningkatkan perbelanjaan pelancong di negara ini.

“Daripada perbelanjaan pelancongan pada tahun 2011, 30 peratus daripadanya menerusi aktiviti membeli-belah, meningkat sebanyak tiga peratus dari tahun sebelumnya.

“Kami menjangkakan bilangan ini terus meningkat dan kami menyasarkan perbelanjaan untuk membeli-belah meningkat kepada 38 peratus menjelang tahun 2020,” katanya.

Outlet Premium menawarkan label berjenamaan mewah pada kadar diskaun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain