suria

Pemandu Maut Selepas Kereta Merempuh Pembahagi Jalan

KUALA LUMPUR: Seorang perunding kewangan maut setelah kereta yang dipandunya merempuh pembahagi jalan di KM12.5 Lebuhraya Maju Expressway dari arah Putrajaya menghala ke Bukit Jalil di sini, awal Ahad.

Chong Chung Hsien, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superitendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian pada 2.40 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios dipercayai memandu dengan laju sebelum gagal mengawal kenderaannya dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain