Jangan Campur Tangan Pergaduhan Di KFC I-City: Polis - Semasa | mStar

Jangan Campur Tangan Pergaduhan Di KFC I-City: Polis

GEORGE TOWN: Polis pada Sabtu memberi amaran kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan kejadian pergaduhan di restoran KFC I-City, Shah Alam Isnin lepas supaya tidak campur tangan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata isu itu hanya membabitkan pelanggan dan syarikat restoran berkenaan.

"Pihak-pihak yang tidak terlibat dalam insiden itu tidak harus masuk campur atau cuba memanaskan keadaan dengan menghasut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakan Cop Remaja anjuran Polis Pulau Pinang di Padang Kota di sini,Sabtu.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang pelanggan dan pekerja restoran berkenaan disebabkan ketiadaan bekalan ayam goreng, namun ada yang mendakwa pergaduhan itu berlaku akibat timbulnya elemen perkauman.

Khalid berpendapat perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa campur tangan pihak-pihak yang tidak berkenaan. Beliau berkata Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti-parti politik tidak harus campur tangan dalam hal ini supaya isu itu dapat diselesai dengan aman.

"Sebenarnya polis juga tidak perlu campur tangan dalam hal ini kerana tiada yang cedera, melainkan ada orang yang cedera dan laporan polis dibuat," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata hasil kerja keras anggota polis dan kerjasama masyarakat, jenayah indeks seluruh negara untuk bulan Januari tahun ini mencatat penurunan.

Beliau berkata indeks jenayah kebangsaan berjaya diturunkan sebanyak 18.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

PDRM amat berterim kasih kepada seluruh anggota masyarakat khususnya Ikatan Relawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Skim Rondaan Sukarela, Polis komuniti dan Angkatan Tentera Malaysia yang sama-sama berkerja keras membuat rondaan bagi memastikan keadaan jenayah terkawal, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan