suria

Penghuni Nyaris Maut Rumah Terbakar Di Alor Setar

ALOR SETAR: Seorang penyewa sebuah rumah dua tingkat di Taman Nuri di Jalan Datuk Kumbar di sini nyaris maut apabila rumah itu terbakar pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, Nor Azman Zakaria, 34, sedang tidur seorang diri dan hanya sedar ketika pintu rumahnya diketuk jiran.

"Ketika bangun saya nampak api sedang marak di bahagian atas rumah. Saya segera keluar mengambil air untuk cuba memadam api, namun api marak terlalu cepat.

"Saya hanya sempat menyelamatkan barang-barang yang ada di ruang tamu," katanya.

Pihak bomba menghantar dua jentera dan 16 anggota untuk memadam kebakaran. - BERNAMA

Artikel Lain