Keputusan Wartawan Undi Secara Pos Ditentukan 15 Februari Ini - Ongkili - Semasa | mStar

Keputusan Wartawan Undi Secara Pos Ditentukan 15 Februari Ini - Ongkili

KUALA LUMPUR: Keputusan memperluaskan kategori pemilih yang boleh mengundi awal secara pos termasuk golongan wartawan dalam pilihan raya akan datang ditentukan pada 15 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, proses pengundian secara pos dapat membantu wartawan menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dengan lebih mudah.

"PSC dalam mesyuaratnya minggu lalu sememangnya menimbang cadangan meluaskan kategori mereka yang akan dibenarkan mengundi awal secara pos ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan Logo dan Lagu Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) di sini, Sabtu.

Ongkili berkata, selain wartawan turut dicadangan untuk dibenarkan mengundi awal secara pos ialah jururawat dan doktor yang akan ditugaskan pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Pihak PSC telah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan dimaklumkan bahawa daripada 100,000 jururawat dan 8,000 doktor yang bertugas hanya empat peratus sahaja yang terlibat dalam tugas setiap hari.

"Ini tidak menjadi isu kerana mereka (jururawat dan doktor) boleh mengundi, secara bergilir-gilir," katanya.

Pada majlis pelancaran SGI2012 hari ini, Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi di kalangan rakyat penting demi untuk kemajuan bersama.

"Pengisytiharan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 mencermikan kerajaan komited memberi perhatian serius melaksanakan transformasi ekonomi menerusi sains, teknologi dan inovasi," katanya.

Katanya, sebanyak 377 program diatur dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini di seluruh negara antaranya segmen-segmen Sains dan Matematik, Kesedaran dan Pembudayaan Inovasi, Inovasi, Pengkomersilan dan Pameran serta Inovasi Perkhidmatan dan Pengurusan.

Kerjasama juga diadakan antara sektor awam dengan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta kementerian lain seperti Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Mac depan.

Ongkili berkata program tersebut disusuli dengan penganjuran Karnival Sains dan Inovasi di enam zon iaitu Timur, Utara, Selatan, Sabah, Sarawak dan di Zon Tengah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini