Kastam KLIA Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Menggunakan Kondom - Semasa | mStar

Kastam KLIA Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Menggunakan Kondom

SEPANG: Seorang lelaki warga Nigeria dipercayai keldai dadah ditahan Kastam Diraja Malaysia Khamis lepas, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana cuba menyeludup kira-kira 75 paket kecil dadah yang dibungkus menggunakan kondom dan disembunyikan dalam perutnya.

Timbalan Pengarah Kastam KLIA Siti Baya Berahan berkata jenis dadah dan berat keseluruhan masih belum dapat dipastikan sehingga semua proses untuk mengeluarkan bungkusan selesai.

Beliau berkata suspek berusia lingkungan 27 tahun itu ditahan pukul 11 malam sebaik tiba dengan penerbangan dari Lagos.

"Selepas imbasan badan dibuat didapati terdapat ketulan meragukan di dalam perut suspek yang disyaki dadah.

"Dadah itu dibungkus dengan kondom, dibalut sekali lagi dengan plastik sebelum ditelan oleh suspek. Suspek kini ditahan di Hospital Serdang, setakat ini hanya 35 bungkusan berjaya dikeluarkan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Siti Baya berkata setiap bungkusan kecil tersebut dianggarkan seberat 15 gram dan pihaknya masih memerlukan beberapa hari lagi untuk memastikan semua bungkusan itu dapat dikeluarkan.

"Bungkusan itu hanya dapat dikeluarkan menerusi proses pembuangan najis jadi ia mengambil masa dan pegawai penguat kuasa Kastam perlu mengawasi setiap kali proses pembuangan berlaku," katanya.

Siti Baya berkata selang beberapa jam iaitu kira-kira pukul 2.20 pagi pula, satu lagi kes cubaan menyeludup dadah berjaya dipatahkan membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh.

Beliau berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan selepas dua bagasi yang dibawanya dikesan mengandungi dadah jenis syabu (Methamphetamine), berat keseluruhan 6.15 kg bernilai RM1.5 juta.

"Dadah dijumpai disorokkan di bahagian bawah dan beberapa ruangan khas kedua-dua bagasi. Mengikut rekod suspek sudah tiga kali memasuki negara ini," katanya.

Sementara itu pada 1 Februari pula, katanya seorang lelaki warga India berusia 38 tahun turut ditahan kerana cubaan menyeludup dadah jenis ketamin seberat 7.95 kg bernilai RM143,000 yang disembunyikan dalam mesin pengisar makanan.

Ketiga-tiga kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain