suria

Tiada Tangkapan Pelacur Warga Iraq - Polis

KUALA LUMPUR: Polis pada Jumaat menjelaskan penangkapan pelacur wanita dari Timur Tengah dalam operasi banteras pelacur di sini bulan lepas tidak membabitkan warganegara Iraq.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata laporan yang didedahkan baru-baru ini adalah salah.

Kesilapan dalam laporan pada 30 Januari lepas mungkin disebabkan salah tafsir di mana tangkapan itu membabitkan sebahagian wanita dari Timur Tengah, katanya dalam satu kenyataan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain