suria

Orang Awam Masih Bergantung Kepada Wartawan Untuk Berita Yang Tepat - Soi Lek

KUALA LUMPUR: Meskipun kemunculan komunikasi digital seperti portal berita Internet dan media sosial, orang awam masih bergantung kepada wartawan untuk memperolehi berita yang tepat, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Media massa harus menjadi rakan kongsi untuk membina bangsa bersama kerajaan. Jika ekonomi baik, industri akan mendapat faedahnya kerana ia boleh memperolehi hasil yang banyak menerusi pengiklanan.

"Saya memahami cabaran yang dihadapi bertugas sebagai seorang wartawan. Saya fikir cabaran paling sukar adalah untuk memilih antara meningkatkan edaran atau memenuhi keperluan pembaca," katanya pada majlis Malam Media MCA di ibu pejabat MCA di sini, Khamis.

Dr Chua berkata walaupun berita mungkin tidak sensasi seperti media alternatif, kebanyakan laman web di Malaysia hampir semua dikuasai oleh portal yang dikendalikan oleh organisasi berita. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain