suria

NFCorp Perjelas Pembabitannya Dalam Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), dalam mempertahankan pembabitannya dalam sektor hartanah, berkata adalah dianggap lebih bijak untuk melabur dalam hartanah dalam jangka pendek daripada meletakkan wang dalam instrumen pasaran wang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh berkata melakukan pelaburan dalam sektor hartanah adalah meletakkan dana di mana ia kukuh kerana setiap pelaburan telah diambil kira pulangan yang terjamin.

"Lebih-lebih lagi, hartanah yang disewa mendapatkan pendapatan sewa yang dianggap faktor tambahan jika tidak bonus dalam pengurusan dana. "Pasaran hartanah adalah kukuh dan selamat, lebih dilindungi dan tidak mudah berubah berbanding sektor lain," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

NFCorp terbabit dalam kontroversi kerana didakwa menyalahgunakan pinjaman RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat itu bagi mengurus projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Negeri Sembilan.

NFCorp juga turut didakwa antara lain membeli unit-unit kondominium di Bangsar di sini dan Singapura.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain