suria

MB Terengganu Diberi Tiga Hari Tarik Balik Kenyataan PAS 'Parti Ajaran Sesat'

KUALA TERENGGANU: Pas memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan "parti ajaran sesat".

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik berkata jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.

"Tuduhan itu sangat berat," katanya kepada pemberita di sini hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin Pas negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Abu Bakar berkata Pas belum menetapkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ahamd sekiranya Menteri Besar itu gagal menarik balik kenyataan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain