suria

Jenazah Habibullah Diterbangkan Ke Alor Setar

KUALA LUMPUR: Jenazah Pegawai Staf Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) Leftenan Kolonel Habibullah Ismail diterbangkan ke Alor Setar dengan pesawat C130 malam ini untuk pengebumian.

Terdahulu, jenazah Habibullah, 42, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 8.30 malam sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 10 malam Khamis.

Jenazah disembahyangkan di masjid pangkalan TUDM di sini oleh isteri dan tiga anaknya serta kira-kira 100 pegawai dan anggota TUDM.

Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung ketika berkhidmat di Naquora pada 3.30 petang waktu Lubnan (8.30 malam waktu Malaysia) Isnin lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain