suria

Imigresen Kesan Sindiket Guna Dokumen Pas Pengajian Palsu

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen pada Jumaat meminta pihak berkenaan memastikan ketulenan dokumen berkaitan urusan Pas Penggajian ekoran ada kes penggunaan kepala surat dan tandatangan pegawai imigresen palsu.

Ketua Pengarahnya Datuk Alias Ahmad berkata pihaknya mengesan kewujudan sindiket yang mengeluarkan dokumen palsu berkenaan bagi tujuan tersebut.

Untuk maklumat lanjut atau aduan, orang ramai boleh hubungi talian bebas tol bilik gerakan di 1-800-22-6969 atau 03-88801555/1556, katanya dalam kenyataan, di sini, Jumaat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain