suria

Guan Eng Terima Pelawaan Berdebat

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Jumaat menyatakan persetujuannya untuk berdebat bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau telah menerima surat pelawaan debat yang dihantar oleh pihak penganjur, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) pada Khamis.

Beliau berkata isu yang akan dibawa adalah perspektifnya sebagai rakyat Malaysia dan kebenaran mengenai apa yang berlaku.

Terdahulu, pihak penganjur telah memilih bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai moderator debat berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain