suria

Budak Dua Tahun Maut Motosikal Dinaiki Bersama Bapa Langgar Besi

KUANTAN: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang duduk di dalam bakul depan motosikal bapanya, maut selepas motosikal itu terlanggar peralatan besi khemah yang dibawa sebuah lori.

Dalam kejadian 6.20 petang Khamis, Muhammad Zawawi Kamarulhisam cedera parah di kepala.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata bapa kepada kanak-kanak terbabit, Kamarulhisam A. Rahman, 34, seorang pekerja ladang dari Felda Lakum dekat sini, mengalami luka kecil di tangan dan badan.

Katanya motosikal yang dinaiki Kamarulhisam terlanggar besi khemah dalam sebuah lori yang berhenti di hadapan pagar Dewan Orang Ramai Kampung Bolok Hilir, dekat Lanchang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain