suria

Polis Berjaya Dapatkan Sampel DNA Daripada Keluarga Marwan & Rakan-Rakannya

PETALING JAYA: Pihak polis telah berjaya memperolehi sampel DNA daripada ahli keluarga tiga rakyat Malaysia yang terbunuh dalam satu operasi pihak berkuasa Filipina ke atas kubu Jemaah Islamiyah 2 Februari lalu.

Pengarah Pasukan Petugas Khas, Komisioner Datuk Moha­mad Fuzi Harun memberitahu akhbar The Star, sampel DNA itu berjaya diperolehi daripada ahli keluarga Zulkifli Abdul Hir, juga dikenali dengan panggilan 'Marwan' dan daripada ahli keluarga anggota Darul Islam (DI) Sabah Amin Bacho dan Jeknal Adil.

Sampel-sampel ini akan dihantar kepada pihak berkuasa Filipina agar mereka dapat membuat pengesahan apakah benar mangsa-mangsa yang ditembak mati dalam operasi tersebut adalah rakyat Malaysia sepertimana yang didakwa.

Zulkifli, 45, merupakan penggerak utama Jemaah Islamiyah yang masih disifatkan sebagai bergerak bebas di rantau ini dan dikehendaki oleh Amerika Syarikat dan negara-negara lain kerana disyaki terlibat dalam siri letupan bom.

Kerajaan Amerika menawarkan hadiah wang tunai AS$5 juta (RM15 juta) kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya Zulkifli.

Adalah difahamkan data yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa juga menyebut Amin dan Jeknal berada bersama Marwan bersembunyi di Filipina sejak Ogos 2003.

Zulkifli dan rakan-rakannya itu dipercayai melatih anggota kumpulan Abu Sayyaf tentang cara-cara membuat bom.

Untuk berita lanjut, sila dapatkan akhbar The Star hari ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain