suria

Pelakon Naik Angin Hanya Makan Nasi & Lauk Kari

PADA hari Ahad lalu (5 Februari 2012) saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang pelakon lelak popular.

Pelakon lelaki ini saya kenal sudah lama sejak zaman dia bujang sehinggalah dia berkahwin dengan aktres wanita yang sememangnya baik dengan saya.

Dipendekkan cerita, kedua-dua pasangan ini memang ngam dengan saya sejak dulu-dulu lagilah.

Nak dijadikan cerita pada hujung minggu lalu semasa saya sedang melepak di rumah, saya agak terkejut apabila menerima panggilan telefon daripadanya.

Pelakon macho ini berbual panjang lebar dengan saya. Dia merungut kerana sakit hati, geram dan menyampah dengan sebuah syarikat produksi ini kerana sikap tidak bertanggungjawab dan pilih kasih.

“Aku memang “hangin” betul dengan produser ni. Dia ingat kita orang ni apa? Layan macam “anjing”. Kalau ikut panas baran aku, dah lama dah lebam muka produser ni aku bagi sebiji,” kata pelakon itu.

Saya bertanyalah... apa masalahnya sampai nak “debik-debik” ni. Awas... nanti popular masuk muka depan surat khabar pula.

Akhirnya pelakon ini pun berceritalah. Bukan dia saja tetapi beberapa pelakon lain dalam produksi itu kebanyakan tidak puas hati dengan produser filem tersebut. Tak macam syarikat lain yang buat filem.

Rupa-rupanya di lokasi, hanya lauk kari ayam dan nasi saja di hidangkan sebagai makanan tengah hari.

Hish... hishh... pekerja kontrak yang buat bangunan KLCC tu pun makan nasi sepuluh jenis lauk tau satu hari!

Kata artis tu lagi, yang paling dia nak naik darah apabila penggambaran tak siap dalam tempoh yang ditetapkan. Mereka dikehendaki menyambung lagi penggambaran tetapi tidak pula dibincangkan bayaran yang perlu ditambah.

“Bila kami tanya berapa nak bayar kalau nak sambung penggambaran lagi, dia boleh cakap... nanti-nantilah... Hey... ingat nak tunggu bas ke nak nanti, nanti ni ha!” sergah artis tu.

Yalah... artis adalah tulang belakang dalam sesebuah filem atau drama. Mereka perlu diberi makan, minum yang cukup serta jadual penggambaran yang betul.

Syarikat produksi tu, kalau dah bakhil sangat sampai nak jamu makan pun terpaksa di catu, janganlah buat filem lain kali.

Saya dapat tahu, artis-artis yang berlakon dalam filem tu bertambah naik hantu apabila hanya pelakon utamanya sahaja diberi layanan kelas A.

“Aku bagi peluang sikit saja lagi. Kalau tak boleh tahan juga, aku akan buat pendedahan kepada umum. Tunggu ya...” tambah si artis. NIEZAM: Dengar cerita ada artis nak kahwin dapat tajaan daripada gedung beli-belah ternama. Wow... hebat!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain