Kerajaan Terengganu Sedia Bantu Pelajar Mampu Bertutur Bahasa Asing Jumpa Pakar - Semasa | mStar

Kerajaan Terengganu Sedia Bantu Pelajar Mampu Bertutur Bahasa Asing Jumpa Pakar

BESUT: Kerajaan Negeri Terengganu sedia membantu Noraini Ismail, 17, gadis yang dikatakan berupaya bertutur dalam pelbagai bahasa asing setelah terlibat dalam kemalangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata kerajaan negeri sedia membawa pelajar Tingkatan Lima jurusan Pendidikan Seni Visual (PSV) Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah itu berjumpa pakar jika dipersetujui keluarganya.

"Apa yang terjadi kepada Noraini merupakan perkara yang jarang berlaku, oleh itu ianya patut diselesaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang itu," katanya ketika melawat Noraini di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja di sini.

Dalam kejadian 10 Jan lalu, Noraini yang terbabit dalam kemalangan telah koma selama 11 jam dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan dibenarkan pulang ke rumah tiga hari kemudian.

Pelajar itu sekali lagi dikejarkan ke HUSM pada hari kelima selepas kemalangan setelah tidak mampu bercakap dan mengadu sakit kepala. Semasa rawatan kali kedua itu Noraini tiba-tiba boleh bertutur bahasa asing.

Dr A Rahman berkata sepanjang kariernya sebagai doktor perubatan sebelum menjadi wakil rakyat belum pernah lagi berhadapan dengan kes seumpama itu.

Sementara itu, rombongan dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Besut yang diketuai Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah, Ab Halim Hasan yang turut melawat Noraini pagi ini terkejut apabila gadis itu tiba-tiba bertutur dalam bahasa Mandarin dengan mereka.

Ab Halim memberitahu Bernama, Noraini pada ketika itu sedang berbual dengan mereka apabila gadis itu menerima panggilan telefon daripada bapanya.

"Noraini tiba-tiba bertutur dalam bahasa Mandarin selama kira-kira tiga minit," katanya dan memberitahu seorang pegawainya sempat merakam perkara itu menerusi kamera video yang dibawanya.

Ab Halim berkata pihaknya bersetuju melanjutkan cuti selama sehari lagi memandangkan cuti sakit pelajar itu berakhir hari ini. "Insya-Allah, Noraini akan kembali ke sekolah Ahad ini, kita harap dengan bergaul dengan rakan-rakannya semula di sekolah kemungkinan dia akan pulih semula dan kembali seperti biasa," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain