Doktor& Jururawat Undi Seperti Biasa, Wartawan Mungkin Undi Pos - Semasa | mStar

Doktor& Jururawat Undi Seperti Biasa, Wartawan Mungkin Undi Pos

KUALA LUMPUR: Doktor dan jururawat boleh mengundi seperti biasa manakala wartawan pula mungkin membolehkan mereka untuk menggunakan undi pos pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan bersama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pengundi yang berkhidmat dalam perkhidmatan kritikal yang dicadangkan untuk sistem pengundian awal.

"Melalui rundingan dengan Kementerian Kesihatan, memutuskan bahawa doktor dan jururawat tidak mempunyai halangan untuk mengundi mahupun bagi mereka yang bertugas.

"Ini kerana perkhidmatan kritikal seperti kecemasan dan Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah kecil maka tidak mempunyai masalah bagi mereka untuk mengundi seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama PSC dan SPR di Parlimen di sini, Khamis.

Maximus berkata, pihak PSC telah meminta SPR untuk meneliti seterusnya terhadap golongan wartawan yang memungkinkan mereka dimasukkan dalam kategori undi pos.

"Ini memandangkan wartawan sering ditugaskan di luar kawasan. Ia merupakan satu rundingan yang diminta oleh PSC dan pihak SPR akan memaklumkan mengenai ketetapan tersebut dalam mesyuarat akan datang," katanya.

Menurut Maximus, sistem pengundian awal tidak boleh dilaksanakan berikutan ia memerlukan jumlah yang besar di satu-satu kawasan pengundian seperti tentera.

"Sebab itu kita meminta supaya wartawan menggunakan undi pos tanpa memerlukan mereka ke tempat mengundi.

"Bukan praktikal untuk kita menghapuskan sistem pengundian awal tetapi kita mengurangkannya.

"Selagi undi pos dikendalikan mengikut peraturannya dengan cara telus dan efisien maka ia bukan menjadi satu masalah malah relevan untuk ia dilaksanakan," katanya.

Mengenai sistem pengundian awal, beliau menjelaskan pada masa ini ia akan dilaksanakan pada golongan polis dan tentera.

Ini kerana katanya, mereka tertumpu di kem-kem, di laut, medan operasi dan kawasan-kawasan tertentu.

"Bagaimanapun, tentera yang berkhidmat di sempadan perlu melakukan undi pos di mana jumlah mereka kira-kira 3,000 orang," katanya.

Sebelum ini terdapat cadangan agar wartawan, doktor dan jururawat diberi peluang mengundi awal yang disyorkan oleh PSC berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

Cadangan itu kemudiannya dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

DRB Hicom Belum Sahkan Siapa CEO Proton

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia