suria

Siasatan Kes Mahasiswa Ugut PM Selesai Dalam Tempoh Dua Minggu Lagi

GEORGE TOWN: Polis yakin dapat menyelesaikan siasatan kes seorang mahasiswa Universiti Sains Malaysia yang membuat ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam laman sosial Facebook dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata setakat ini polis masih menunggu laporan penuh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mengemukakan hasil siasatan kepada pendakwa raya.

"Pelajar terbabit masih dalam jaminan polis. Kita tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadapnya sehingga pelajar itu dibuktikan bersalah oleh mahkamah," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Penuntut berusia 24 tahun itu ditahan polis pada 15 Jan lepas dikatakan telah menulis status dalam laman sosialnya yang berbunyi "Najib is coming to our campus... lets bomb his helicopter".

Ayub turut menggesa masyarakat agar tidak terus menghukum dan memberi tekanan kepada pelajar berkenaan dengan memberi pelbagai label negatif terhadapnya sehingga dia terbukti bersalah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3 Penjenayah Ditembak Mati

Artikel Lain