suria

Kementerian Kesihatan Disaran Lebih Terbuka Mengenai Cadangan 1Care

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan disaran agar lebih terbuka mengenai cadangan dana insurans 1Care yang memerlukan semua pekerja dan peniaga membayar 10 peratus daripada gaji bulanan mereka untuk tujuan penjagaan kesihatan.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata rakyat Malaysia perlu mengetahui butir-butir mengenai dana itu sebelum mereka membuat keputusan jika ia merupakan yang terbaik untuknya.

"Apa yang kita perlukan adalah perbincangan terbuka dan satu perdebatan nasional di mana setiap orang boleh memberikan pandangan mereka. Ini sangat penting, satu isu yang memberikan manfaat hanya bagi kepentingan tertentu tetapi merugikan orang lain," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya beliau tidak pasti jika ia merupakan satu skim oleh kerana Chang tidak ada maklumat sepenuhnya tetapi laporan awal menyatakan ia seperti perubatan berbentuk sosial yang diambil contoh daripada Khidmat Kesihatan Nasional United Kingdom.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata baru-baru ini bahawa cadangan itu belum lagi dimuktamadkan.

"Belum ada keputusan, malah gaji 10 peratus (caruman wajib) adalah cadangan...Ia belum lagi pada peringkat dasar," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3 Penjenayah Ditembak Mati

Artikel Lain