suria

Hasan Ali Digesa Kosongkan Kerusi Dun

PETALING JAYA: PAS menggesa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengosongkan kerusi Dewan Undangn Negeri (Dun) Gombak Setia kerana kemenangannya di kerusi berkenaan adalah atas tiket parti itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man berkata Hasan sepatutnya mengosongkan kerusi berkenaan kerana beliau kini dilihat sering menyelar PAS dan kepimpinanya menerusi ceramah jelajah di seluruh negara.

Tuan Ibrahim berkata, Hasan tidak sepatutnya terus menyandang jawatan wakil rakyat yang dimenanginya atas tiket PAS tambahan pula beliau enggan merayu berhubung pemecatannya daripada parti itu.

Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari dan digugurkan daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Januari lalu giat mengadakan siri jelajah di seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai isu pemecatannya.

Beliau secara berterusan mengkritik kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3 Penjenayah Ditembak Mati

Artikel Lain