suria

Hari Kekasih: Pemuda PAS Digesa Tidak Curiga

PETALING JAYA: Pemuda PAS tidak seharusnya melihat sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih sebagai sesuatu yang buruk kerana sambutannya semata-mata ingin menyatakan rasa cinta kepada pasangan, keluarga dan rakan.

Presiden Suara Wanita, Chew Hoong Ling berkata, aktiviti tidak bermoral berlaku setiap hari dan bukannya pada sambutan Hari Kekasih sahaja.

"Jadi Pemuda PAS tidak seharusnya terlalu takut atau curiga tentang Hari Kekasih," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kempen anti Hari Kekasih yang dibuat setiap tahun bagi memastikan umat Islam tidak menyambut hari hari berkenaan.

Pada Selasa, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menggesa kerajaan menyiarkan iklan bagi menyatakan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syariat Islam menjelang sambutannya pada 14 Februari ini.

Selain itu tambah Chew, kebiasaanya masyarakat Asia didapati sukar untuk meluahkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing dan memerlukan satu hari istimewa untuk meluahkannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3 Penjenayah Ditembak Mati

Artikel Lain