suria

Cubaan Seludup Masuk 1,620 Karton Rokok Di Pontian Gagal

PONTIAN: Cubaan menyeludup masuk rokok dari negara jiran gagal apabila Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua menahan dua lelaki tempatan dan merampas 1,620 karton rokok di Pantai Rambah, di sini, Rabu.

Kedua-dua lelaki berumur 37 dan 65 tahun itu ditahan pada pukul 3 pagi di tepi pantai itu ketika dipercayai menunggu rokok berkenaan untuk diangkut menggunakan kenderaan darat.

Timbalan Komander PGM Wilayah Dua Supt N kalai Chelvan berkata anggota PGM yang membuat rondaan 'Ops Pensura' mengesan sebuah bot yang bergerak laju menuju ke Pantai Rambah.

"Anggota PGM meminta bantuan sebuah bot PGM lain dan kereta peronda polis Balai Permas supaya menuju ke tepi Pantai Tambah.

"Bagaimanapun, tiga lelaki dalam bot itu melarikan diri ke dalam hutan bakau berhampiran apabila anggota polis menghampiri mereka," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua rokok pelbagai jenama, antaranya Dji Sam Soe, Gudang Garam dan Marlboro itu bernilai RM117,944 termasuk duti import.

Polis turut merampas bot gentian kaca yang diguna untuk membawa rokok berkenaan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3 Penjenayah Ditembak Mati

Artikel Lain