suria

Penerbangan Ke London Kembali Beroperasi

PETALING JAYA: Penerbangan dari Lapangan Terbang London Heathrow (LHR) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali beroperasi selepas tergendala berikutan ribut salji di Eropah.

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan penerbangan dua hala antara Kuala Lumpur dan LHR termasuk yang tertunda pada Ahad kini kembali beroperasi mengikut jadual.

Pelanggan dinasihatkan menyemak laman web MAS di www.malaysiaairlines.com atau menghubungi talian bebas tol yang beroperasi 24 jam 1300-88-3000 (dalam Malaysia) atau hubungi +603 7843 3000 (luar Malaysia) bagi mendapatkan maklumat terkini.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata, kesemua penerbangan pergi dan balik ke Lapangan Terbang Gatwick Di London beroperasi seperti biasa kerana tidak terganggu dengan keadaan cuaca buruk.

Artikel Lain