suria

Mangsa Bot Karam Di Kudat Dijumpai

KOTA KINABALU: Mangsa wanita kejadian bot karam di perairan antara Kampung Tampakan dan Kampung Limau-Limauan di Kudat dua hari lepas ditemui kira-kira pukul 6.15 pagi Selasa oleh orang kampung yang turut terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.

Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini Selasa, mangsa yang dikenali sebagai Asalin Kulijah, 50an, hilang ketika bot yang dinaikinya bersama lima orang lain untuk menangkap ikan karam kira-kira pukul 7 pagi pada Ahad lepas, manakala yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan pada hari kejadian melibatkan enam orang pegawai APMM dan dibantu oleh pasukan skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah.

Mangsa dibawa ke jeti Kudat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA

Artikel Lain